Showing posts with label Tentang aku dan Mereka. Show all posts
Showing posts with label Tentang aku dan Mereka. Show all posts

Monday, 13 February 2012

Penglihatan kau kabur...

13/02/2012 21:30:55
Depan TV dalam keranda..

Assalamualaikum wbt..


Aku semakkkkkkkkkk! Itu tak kene.. ini tak kene..
Aku nak tanya 1 soalan.. Errr.. soalan aku umum je..
Korg rasa kalau perempuan tu terlalu berdikari.. Boleh buat everything sendiri.. Dia perlu ke kahwin?
Aku bukan taknak kahwin.. dah lelaki sekarang mata kabur dgn RM & Dollar sign! Nak buat camne?



Kalau la aku tau.. Aku terima jer org yg tanya mak pasal aku tu dulu.. Dah la bakal doktor.. Eh..hahaha..lupa! Lepas 4 tahun dia tanya lagi..(dah abes study) tapi aku reject jugak.. Jgn kata orgnya..gambar pun aku tak penah nk tgk.. Bodoh piang sungguh! Puihh!

Konon taknak lelaki bekerjaya..berharta.. Nak cari yang ala kadar je.. yg bertanggungjwb.. Cukup la yang boleh sama-sama kumpul duit untuk travel wlupun setakat travel keseberang laut je tiap-tiap tahun..
Ptuih la...

Lelaki yang ala-ala mcm tu pun pandai memilih hat-hat pompuan masuk universiti..belajar sampai degree..paling busuk pun diploma je.. Yang bawak kereta best.. Family ada rumah besar..tak besar pun atleast keta bapak dia besar.. Ptuih..ptuih..ptuih la korang!! Igt aku heran?? Ptuih lagii! Mencikk!! Dasar laut betul...

*Tutup TV dan pintu keranda!*


~Currently listening # Look What You've Done by Jet~

Saturday, 25 June 2011

Kerana Busy.. kamu..kamu..kamu..dan kamu..kamu terabai...

18.30 25/06/2011
Sofa mahalku..



Assalamualaikum wbt...


Aku sedih sgt2 sbb semenjak aku mula berdedikasi terhadap keje nih.. (Pangkat blum naik..gaji x up pun..sajer tunjuk rajin..) Segala benda telah aku abaikan.. Solat mmg dah confirm..(aku jujur nih..) teratak bertingkat tujohblas aku ni pun weekend kalau ade masa baru kemas.. Ayam gergasi setiap bulan aku beli bertahan sebulan dlm freezer.. sayuq2 sume boleh buat bagi makanan itik..(itik takdak..ke tong sam la jwbnya..) Baju aku..nak pakai..punggah dari bakul..iron, trus sarung...
DAN yg paling buat aku sedih.. Pokok2 kesayangan aku kat luaq tuh.. Dah lama aku tak belai.. Nasib baik la depa dah besaq panjang.. Pandai jaga diri.. pandai caghi makan sndiri..

Maafkan bondamu yg sgt lalai ini syg2ku.. Bln depan bonda nak pi beli akuarium ngn ikan plak.. Tgk terabai jugak tak..

P/s : Entri bile otak kosong.. Lapar tp malas nk buat ape2...


~Currently listening to #Aku Yang Masih by Ramli Sarip ~

Saturday, 26 March 2011

Soalan dari si bodoh yang nak mintak pelempang!

9.34am  26/03/11
Meja Ofis yg bersepah

Assalamualaikum wbt..

Aku faham la…. in fact my aku sendiri selalu igtkan kawan² aku.. anything happen shud have a reason.. Sbb tu ada nya Qada’ & Qadar.. Takdir & Waktu & so on..

Jadi kenapa perlu wujudnya soalan² mintak kaki macam :-
Situasi : Ex-skoolmate wedding!
(dah 11 tahun tgglkan sekolah)

~ Wah.. jane.. dulu kat sekolah punya la kurus kering.. Kenapa kau dah debab skang nih? – Pttffttftf…. Aku gemuk sbb ubat la bodoh! Tp still aku tak ‘sekembang’ korg!

~ Eh jane… mane husband? Dah berapa org anak kau? (rentetan dari bentuk badan!)

~ Oh kau belum kawen? Eh..kenapa tak kawen lagi? - Kali ni lu betul2 bikin gua panas!!

~ Takkan la dah makin cantik mcm ni tak kawen² lagi….

Eh..nasib baik korg bagi soalan ni kat aku…& aku seorg yang tak pernah marah…(tak penah marah org depan² public la..) Kalau kau bagi soalan² ni semua kat kawan baik aku yg muka lagi cantik dari artis tu mmg masak la kau!

Lagi bengang bila masing² balik rumah.. Seorg minah yg 3 kali size badan aku & dah berkawen dan ade anak seorg yang aku jumpa di majlis tersebut update status fb :

“Hairan dengan perempuan² zaman sekarang.. Umur dah meningkat… Dah bekerjaya.. Dah boleh kahwin tp still tanak kawen…tak nak elah maksiat….” then komen² dr rakan² yg sama size dgn dier pun berderet..

Pukitiang punya gemok!!!! Ang igt ang dah kawen dulu dari kami ang confirm bahagia smpai ke tua ka? Awat status fesbuk ang asyik² bunyi macam org kecewa? Dekat wall ang puji mak mertua ang berbakui tp tym chat ngn kawan² ang kutuk mak mertua ang mintak dia mati cepat!

Kenapa aku..dia..mereka..tak kawen lagi????? Adalah sebabnya.. perlu ka kami dok teriak ceghita kat org apa masalah kami? Semua yg berlaku mesti ada sebab.. ang kawen pun aku rasa bersebab kot.. sbb apa? Tuh ang sorg jer yang tau dah la.. Aku tak minat nak tau pun!

Kawan² perempuan aku yg belum kawen pun bukan stok² muka pecah tanah or rumah! Semua muka Cung-melecung mengalahkan artis.. Family depa pun leh tahan kaya..yg tak kaya sgt pun tetap kawan aku pegang jawatan besar kat organisasi dia… aku sorg ja la tak berapa sgt la… Tapi kami ada sebab masing² kenapa masih membujang..

Dan sebagai hamba-Nya…aku yakin.. Dia dah tentukan sesuatu yang lebih baik utk kami semua selepas segala onak duri hidup yang kami semua dah lalui…

Always bear in mind that anything happened to us should have a reason! Allah would never let things inadequately.. Allah will never miss a glance from His servant.. from us..


~Currently listening # Fuck You by Lily Allen~