Wednesday 22 August 2012

Mari mendaki ke 'PUNCAK'...


22 / 08 / 2012  3:06:35
Lepak-lepak2 dlm keranda member..


Assalamualaikum wbt..


Aku rindu mendaki.. walaupun tak sebanyak mana bukit ngan gunung yang penah aku takluki.. (Aku tak fit mana pun sbnaqnya. Orang paling last smpai puncak ngan paling last sampai bawah tak lain tak bukan aku la.) Tapi feel mendaki ni lain mcm skit.. kalau pada korg² yang tak suka jogging sebab aku tau.. aku pun tak suka jogging.. buhsann wehh. Korg try la mendaki..

Nak tau pasai apa aku cakap jogging bosan? Hang try jogging pusing taman 2 round tgk.. Balik-balik muka sama hang jumpa. Kalau org tu jenih berlari tak terkedek2 mcm hang.. silap² hang baru 1 kali pusing 3 kali dah hang tembung ngan dia.

Mendaki ni takdak.. time korg start panjat korg akan selisih dgn beberapa pendaki yg mula turun.. kadang² korg atau diorg terpaksa bagi laluan (terpaksa rela coz kalau takda sikap timbang rasa mmg mcm Federel Highway ketika waktu puncak lah jemm dia.) bukannya mcm jogging bulih main elak² ja.. Biasanya pendaki ni aku blum penah jumpa yg sombong lg la.. Dan biasanya yang korg dok selisih time mendaki tu.. Jarang sekali korg akan jumpa dia semula ketika korg turun.

Tapi penah berlaku masa aku turun.. jumpe sorg kakak ni tgh training.. dia dok baik punya mendaki berbekalkan sehelai tuala kecik pengesat peluh semata-mata, ayaq sebotoi pun tarak.. Kami sembang ala kadar.. Separuh gunung aku punya bag dengan bebanan yang berat kurang 20 kilo dari berat badan aku sendiri tu memaksa aku utk berehat.. Baru cecah pungkok kat kayu buruk.. kakak tu pun lalu menuruni bukit.. 'Jilaka! Laju gila kakak nih..' Ajak sembang lama skit.. rupanya dia mmg tiap² minggu panjat gunung tuh.. Persediaan untuk ke salah satu gunung di banjaran himalaya (gua lupa gunung apa dia sebut..) dengan ahli2 kumpulan pendakinya. Kagum & melopong aku seketika..

Lagi satu mendaki nih lain macam dia punya kepuasan bila sampai puncak. Tak macam jogging.. lari 1 pusingan dah bulih cabot balik.. Kalau mendaki naik separuh penat mcmana pun tetap nak teruskan jugak.. sbb puncak tu lah korg akan rasa seolah² penamatnya.

Aku dah setahun lebih tak mendaki... waaaaaaaaaaaaaa!! Sedih tau dak? Geng mendaki ada yg dah kawen.. Last aku mendaki aku terbawak balik 'sesuatu' ke rumah.. Aku stop la kejap kononnya.. teruih sampai la ni aku tak dapat mendaki dah.. Segala equipment berabuk dlm stor..

Mendaki ni banyak jugak bahayanya.. Persediaan mcm² nak kene ada.. equipment perlu lengkap.. mulut, tangan, mata semua kene jaga sebab aku dok cerita ni mendaki gunung dan bukit.. bkn mendaki escalator shopping mall..  Persediaan dari segi mental dan fizikal perlu cukup.. tak fit takpa yg penting semangat kena kuat (mcm aku... muahahaha!)

Aku tanak tunjuk gambaq² aku pi mendaki.. Tak horror..di penuhi senyuman² puas oleh aku dan rakan² ja.. Aku nak tunjuk gambaq² mereka yang tertewas ketika mendaki di sebuah gunung yang tertinggi di dunia.. Mana lagi kalau bukan GUNUNG EVEREST!



The summit of Mount Everest is a dream that can truly end in death. There are about two hundred dead bodies on the mountain. Most of the bodies are in the same exact position they were when they died. Perfectly preserved in time because of the cold. Along the route up to the summit climbers will pass all these bodies. There are bodies over 50 years old that look like they were placed there yesterday.


 Several bodies are given names like “green boots” according to some of their most visible features. This one has become sort of landmark and has been in the same place since 1996. It is a bit harsh and cruel to call the remains of someone by some part of its equipment, but I guess that is the result of living in such harsh conditions for a very long time. The weather is cold, air is extremely rare with ridiculously low percent of oxygen and it takes great will to survive, you might even say a great spite and determination to conquer the nature and push your body to extremes.

 I wonder how does a mountaineer feel while passing by these horrific monuments of those who didn’t manage to reach the top. Does this makes them try even harder because they see very evidently what will happen to them if they give up or do these terrible scenes give them chills and make them lose hope? I guess it depends on the nature of the climber, but I guess that people who give up easy wouldn’t even start this adventure. There is a good reason why only few people pluck up courage and go on such devastating trip and take such auto-destructive actions like climbing the Mount Everest .
 








Mengerikan dan tragis.. tapi ini semua tak mematikan keinginan aku untuk mendaki semula..
(Email diterima tanpa sender.. So aku taktau kat sapa aku nak 'credit'..)

P/S : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MINAL AIDIN WAL-FAIZIN..



~Currently listening # One Headlight by Wallflowers~


  

Thursday 12 July 2012

Siow Lin! Keblakang skit..!

12/07/2012   11:12:39
Atas keranda berukir..


Fuhhhhh....fuhhhh... Bersawang dah blog nih.. Maunya tak.. keje dah mcm org gila.. Balik penat tido mcm org gila.. Lagi lama aku kene situ sure masuk ward gila! Tu je nak bagitau! Bye! Assalamualaikum..


*Masuk keranda balik!


~Currently listening # Andai ku miliki semalam by Amy Search~



Monday 13 February 2012

Penglihatan kau kabur...

13/02/2012 21:30:55
Depan TV dalam keranda..

Assalamualaikum wbt..


Aku semakkkkkkkkkk! Itu tak kene.. ini tak kene..
Aku nak tanya 1 soalan.. Errr.. soalan aku umum je..
Korg rasa kalau perempuan tu terlalu berdikari.. Boleh buat everything sendiri.. Dia perlu ke kahwin?
Aku bukan taknak kahwin.. dah lelaki sekarang mata kabur dgn RM & Dollar sign! Nak buat camne?



Kalau la aku tau.. Aku terima jer org yg tanya mak pasal aku tu dulu.. Dah la bakal doktor.. Eh..hahaha..lupa! Lepas 4 tahun dia tanya lagi..(dah abes study) tapi aku reject jugak.. Jgn kata orgnya..gambar pun aku tak penah nk tgk.. Bodoh piang sungguh! Puihh!

Konon taknak lelaki bekerjaya..berharta.. Nak cari yang ala kadar je.. yg bertanggungjwb.. Cukup la yang boleh sama-sama kumpul duit untuk travel wlupun setakat travel keseberang laut je tiap-tiap tahun..
Ptuih la...

Lelaki yang ala-ala mcm tu pun pandai memilih hat-hat pompuan masuk universiti..belajar sampai degree..paling busuk pun diploma je.. Yang bawak kereta best.. Family ada rumah besar..tak besar pun atleast keta bapak dia besar.. Ptuih..ptuih..ptuih la korang!! Igt aku heran?? Ptuih lagii! Mencikk!! Dasar laut betul...

*Tutup TV dan pintu keranda!*


~Currently listening # Look What You've Done by Jet~

Thursday 2 February 2012

Make Peace..

Heart broken & forever alone punya cara motivasi diri sendiri..



~Currently listening #Bella Luna by Jason Mraz

Sunday 18 December 2011

Disember..kau dtg lagi..

Assalamualaikum wbt..


Sedar tak sedar kite dah smpai ke penghujung 2011.. Segala apa yang berlaku sepanjang tahun buat aku terkenang...
Berapa byk kebaikan aku? Kekhilafan aku? Keburukkan aku? Kebencian aku? Kemarahan aku? Keinsafan aku? Kemampuan aku? Kekayaan aku? Tak mampu rasanya aku nak hitung satu persatu..


*Entri bila fikiran berkecamuk! Taktau nak fikir mana satu..




~Currently listening to #King Of Pain by Sting and Alanis Morrisette~

Friday 1 July 2011

Mati itu PASTI..

1 Julai 2011 21:05:38
Dlm keranda empuk..


Assalamualaikum wbt.... (eh..hantu bagi salam..?)


Kat atas meja tu ade lauk sambal ikan ngn nasi.. Aku lapar sbenarnya.. Td mkn kat ofis tak puas coz lauk sikit.. kene plak share 5 org.. Perut aku yg sblah kanan pun tak sempat penuh..blum bahagian kiri..atas..ngn bwh skali.. Berbalik kpada persoalan tentang aku yg lapar td.. Lauk ngn sambal ikan atas meja tu dah siap masak pun.. (nama pun nasi ngn lauk..bkn beras ngn ikan) Tp aku tetap malas nak g ambik makan..

Mak aku pnah ckp dulu masa aku kecik2... mak aku ckp kan... mak aku ckp.... ermm..jap.. ape mak aku ckp dulu eh? Lupa plak...
Haaaa.... mak aku ckp..kalau makan pun malas baik g mati jer...! Giler kejam ayat mak aku...
Aku cuma malas nak ambik makanan atas meja or bangkit g makan jer... Cuba makanan tu org bwk letak depan aku.. Sure aku dgn rajin..pantas dan lahapnya suapkan makanan tu ke mulut.. Tp aku tggl sorg2... sapa nk sediakan utk aku... Haish..

Aik... tajuk aku takde kene mengena ngn entri.. Tu lah dia masalah aku.. Sblum on lappy aku dah terfikir nak update blog bertajuk 'sekian' dgn huraian penuh ilmiah 'sekian2'.... tp lepas je on..aku trus type kat browser https://www.facebook.com/ layan fb balas komen peminat seround dua..

10 minit kemudian aku teringat balik tujuan asal aku on lappy... trus aku dah terlupa 3 suku dari 'sekian2' entri yg ada aku key in dlm otak utk aku type td... Bile aku nak start type entri.. Aku cuma igt tajuk jer..

So kira ok lah ek.. aku type tajuk dulu.. entri pasal mati tu aku type bile aku dah igt balik nnti..

*Aku nak makan.... Lapar gila.. Teringat ayat kejam mak aku tu dulu coz smbil ckp dia cubit peha kanan aku.. Trus aku usap peha kiri coz takut peha kiri aku terasa..*

~Currently listening to #Alam Bazarkh by Wings~

Saturday 25 June 2011

Kerana Busy.. kamu..kamu..kamu..dan kamu..kamu terabai...

18.30 25/06/2011
Sofa mahalku..



Assalamualaikum wbt...


Aku sedih sgt2 sbb semenjak aku mula berdedikasi terhadap keje nih.. (Pangkat blum naik..gaji x up pun..sajer tunjuk rajin..) Segala benda telah aku abaikan.. Solat mmg dah confirm..(aku jujur nih..) teratak bertingkat tujohblas aku ni pun weekend kalau ade masa baru kemas.. Ayam gergasi setiap bulan aku beli bertahan sebulan dlm freezer.. sayuq2 sume boleh buat bagi makanan itik..(itik takdak..ke tong sam la jwbnya..) Baju aku..nak pakai..punggah dari bakul..iron, trus sarung...
DAN yg paling buat aku sedih.. Pokok2 kesayangan aku kat luaq tuh.. Dah lama aku tak belai.. Nasib baik la depa dah besaq panjang.. Pandai jaga diri.. pandai caghi makan sndiri..

Maafkan bondamu yg sgt lalai ini syg2ku.. Bln depan bonda nak pi beli akuarium ngn ikan plak.. Tgk terabai jugak tak..

P/s : Entri bile otak kosong.. Lapar tp malas nk buat ape2...


~Currently listening to #Aku Yang Masih by Ramli Sarip ~